Blogger disaran contohi Rasulullah – TG Nik Aziz

Tuesday, January 25, 2011

Oleh : Ahmad Hasanain

Tuan Guru menyampaikan ucapan kepada blogger

KUALA LUMPUR, 16.Jan - Kepesatan teknologi maklumat masa kini bagaikan cendawan tumbuh dan kesempatan penggunaan alam siber telah menjadikan penyebaran maklumat begitu cepat.
Kewujudan blogger masa kini telah mempercepatkan penyebaran maklumat dari pelbagai pihak untuk tatapan umum dan melalui blogger juga ia boleh menjatuhkan seseorang maupun sebuah negara.

“ Blogger ini adalah diibaratkan seperti seseorang yang baru pandai belajar menunggang basikal dan kemana sahaja akan dibawa basikal tersebut walaupun ke kebun pisang” ujar
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru
Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan ucaptama di Majlis Mesra Blogger bersama MB Kelantan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Hampir 200 blogger pro Pakatan Rakyat hadir dan ia turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan Dato’ Nassruddin Daud dan Exco negeri.

Nik Aziz juga berkata blogger seharusnya menyampaikan maklumat yang tepat terutamanya yang boleh memberi menafaat kepada umum bukannya menyebarkan fitnah atau memburuk-burukkan seseorang.

“Ingatlah apa yang ditulis oleh tuan-tuan akan dihitung oleh Allah dan bagi blogger yang menyebarkan perkara baik ia akan dibalas syurga dan yang menulis fitnah ataupun perkara buruk ia akan membawa tuan-tuan ke neraka” ujar beliau.

Blogger bergambar mesra bersama TGNA




Beliau juga menegaskan blogger yang patut dicontohi ialah  Nabi Muhammad SAW, beliau menyebarkan perkara yang benar kepada umatnya dan ibu bapa juga boleh dikatakan blogger kerana mereka boleh membentuk minda anak-anak mereka dengan apa yang dilaksanakan.

Di majlis yang sama, Nik Aziz juga menegaskan sehingga kini pelbagai cabaran dan fitnah telah disebarkan oleh blogger yang tidak bertanggungjawab bagi membolehkan beliau melepaskan jawatan sebagai ketua kerajaan, namun ia semuanya gagal.

“ Saya dan menantu saya sering dijadikan alat untuk memporak perandakan kerajaan negeri, namun dengan izin Allah, saya masih lagi mampu bertahan sehingga kini dan saya masih tak boleh lepaskan kerajaan PAS di Kelantan kerana banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan”katanya lagi.

Pengarah UPKN melayani tetamu


Nik Aziz juga berkata kekalutan sesetengah pihak menentang hubungan PAS dan DAP masa kini adalah datangnya dari mereka yang tidak faham agama.
Mereka ini tidak pernah memberi kefahaman kepada rakan mereka tentang Islam, tetapi bila PAS membawa pendekatan ini kepada DAP, mereka pula marah.

“Kalau dulu orang bukan Islam tidak pandai baca Al-Quran, tetapi kini mereka sudah berani belajar membacanya dan cuba memahami Islam”kata Nik Aziz lagi.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Dr.Muhammad Fadzli Hassan ketika menyampaikan ucapan aluan berkata kerjasama yang dijalinkan antara kerajaan dan blogger seharusnya seiring dalam membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.

Sebahagian Blogger menghayati ucapan Tuan Guru




“Melalui majlis seperti ini, blogger boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan terutamanya dalam aspek pembangunan negeri dan penyebaran maklumat yang betul kepada masyarakat oleh blogger akan mempercepatkan pemahaman rakyat”ujar beliau.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...