[TUTORIAL] Transfer Duit Paypal Ke Maybank Account

Monday, March 7, 2011
Khas untuk membe2 abe yohs yang suke buat duit secara on9 ni.. Ok, aku dah listkan dalam bentuk step-by-step supaya korang semua faham.



1. Login masuk ke dalam akaun paypal korang : http://www.paypal.com





















2. Korang akan dibawa ke menu "My Account", kemudian klik pada "withdraw"

3. Korang akan dibawa ke menu "Withdraw Funds", klik pada "withdraw to your bank account"


4. Kemudian korang akan dibawa ke menu "Add a bank account in Malaysia"
Isikan butiran-butiran yang diperlukan, dan pastikan korang mengisinya dengan teliti kerana sekiranya korang salah meletakkan nombor akaun Maybank umpamanya, korang akan dicaj oleh pihak Paypal.Kalau tak faham macam mana nak masukkan MEPS bank routing code, boleh klik pada "Details". Selepas selesai isi semua butiran yang diperlukan, klik "Continue"


5. Kemudian korang akan dibawa ke halaman seperti di bawah ini. Pastikan no akaun bank korang betul dan sahih. Kalau tak percuma jer kena caj tambahan kan.. Kalau no akaun tu salah, tekan "Cancel". Lepas dah pastikan betul-betul semua butiran tu betul plak, bleh la tekan "Add Bank Account"

6. Lepas tu, satu paparan lagi akan muncul iaitu "Withdraw Funds". Di sini korang boleh letakkan jumlah USD yang korang nak pindahkan ke akaun Maybank korang. (jumlah minimum pengeluaran ialah sebanyak USD10.00). Dalam transaksi ini, aku keluarkan USD35.00. Setelah meletakkan amaun, tekan "Continue".


7. Paparan untuk korang review semula transaksi yang korang buat akan muncul, ini untuk tujuan semakan. Setelah semua maklumat sudah didouble check, klik "Continue". Korang kena alert setiap transaksi kurang daripada USD400 akan dikenakan caj sebanyak RM3.00.





 8. Paparan di bawah akan muncul selepas itu, klik pada "view the details of this request". Sila alert juga bahawa wang akan dipindahkan ke bank akaun tempatan dalam 2 hingga 3 hari waktu bekerja (sabtu ahad tak termasuk la kan..jadi jangan withdraw duit paypal tu masa hari khamis atau jumaat, sebaik-baiknya lakukan transaksi tersebut pada hari isnin atau selasa)

9. Korang boleh melihat Transaction Details yang korang lakukan dari langkah 1 tadi: Status "pending" yang tertera menunjukkan wang tersebut belum di "clear"kan ke akaun korang. Jadi kena tunggu la dalam 2-3 hari.



 10. Pastikan semua notifikasi transaksi ini diberitahu ke email paypal korang seperti contoh di bawah ni. Wang tersebut dijangkakan telah ada dalam akaun Maybank aku pada 1 Februari 2010.





Okies..kawan-kawan, itu la 10 steps yang boleh korang gunakan untuk keluarkan duit Paypal ke akaun Maybank korang. Cara-cara nak apply akaun paypal, cara nak verifiy paypal, cara nak upgrade ke Premier account tu, korang boleh google sendiri okies..takpun baca entri aku yang lepas-lepas. Hendak seribu daya, tak hendak aku paksa pun mesti korang tak nak..hehe..Maaflah kalau ada kekurangan dalam tutorial ini. Aku budak baru "merangkak" dalam dunia Paypal nie..sejam setengah nak buat entri kali ni, huhu..sekian..
 
 

1 comments:

  1. Hello..saya pemilik entri yang anda re-post ini.
    Terima kasih kerana menerbitkan entri ini di blog anda.
    Semoga bermanfaat.. :)

    ikhlas dari Bluedianthus.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...