Baiklah dalam artikel kali ini saya akan berkongsi langkah-langkah bagaimana untuk mengaktifkan Paypal menggunakan Maybankard Debit Card.
Sebelum ini saya menggunakan Virtual Credit Card (VCC) untuk aktifkan akaun dan sebagai Credit Card saya di Paypal namun setelah sekian lama dan selalu ada masalah jadi saya mengambil keputusan untuk gunakan Maybankard Debit Card. Mudah pun mudah sebab kad kita sendiri dan jika ada masalah semua data ada pada kita. Dan begitu juga saya sarankan kepada anda kalau tak ada lagi Credit Card sendiri untuk Paypal, gunalah Maybankard Debit Card.
Jom tengok bagaimana caranya. Saya akan tunjuk langkah demi langkah beserta gambarajah.
- Mula-mula sekali yang paling penting anda mestilah ada Maybankard Debit Card. Cara nak mohon pun mudah saja. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank dan buat permohonan untuk tukar kad ATM anda kepada Maybankard Debit Card. Anda akan dikenakan caj RM12 untuk penukaran kad. Kalau anda belum ada akaun Maybank, buka akaun dan untuk kad pilih ‘Maybankard Debit Card’. Selalunya akan dapat kad pada masa itu juga.
- Login ke Maybank2u anda. Perhatikan pada ruangan Utilities ada pilihan untuk Maybankard Secure Online Shopping Registration (MSOS). Klik untuk aktifkan MSOS anda. Paypal tidak akan menerima kad debit anda selagi anda belum aktikan MSOS ini.
- Isi borang MSOS ini berdasarkan kad debit anda. Nota: CVV tu ialah tiga digit di belakang kad debit anda.
- Anda akan dipaparkan mesej yang pendaftaran MSOS anda telah berjaya.
- Login ke akaun Paypal anda. Klik pada Profile >> Add/Edit Credit Card. Anda akan dipaparkan borang berikut. Masukkan maklumat kad debit anda.
- Anda akan dipaparkan mesej yang kad debit anda telah berjaya ditambah ke akaun Paypal anda. Anda akan dimaklumkan yang kad anda perlukan pengesahan dan akan dicaj tapi caj ini akan dikembalikan setelah pengesahan dilakukan.
- Tunggu dalam 12-24 jam. Tak perlu setting apa-apa atau call service center. Selepas tempoh tu, login ke Maybank2u anda untuk dapatkan expuse code. Klik Accounts & Banking >> Account Details >> Debit Card History. Salin kod berikut (4 digit) untuk sahkan kad debit yang telah anda masukkan di Paypal.
- Login ke akaun Paypal anda. Klik mana-mana satu pilihan berikut untuk sahkan kad debit anda.
- Anda akan dipaparkan ruangan untuk isi kod Paypal. Masukkan kod 4 digit yang anda salin dari Maybank2u tadi dan klik “Confirm Card”. Jika ruangan ini tidak dipaparkan, klik “Enter Paypal Code” untuk masukkan kod tersebut.
- Sekiranya tiada sebarang masalah, anda akan dipaparkan mesej yang kad anda telah berjaya disahkan dan caj pengesahan akan dikembalikan kepada anda (dimasukkan ke dalam akaun Paypal). Selesai!
Satu perkara yang teramat penting ialah jangan sesekali dedahkan maklumat kad debit atau akaun Paypal anda kepada pihak lain untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.
Harap tutorial ini berguna dan dapat membantu anda. Kalau ada soalan, pandangan dan sebarang tambahan boleh nyatakan melalui ruangan komen di bawah.
Selamat berbisnes/berbelanja dengan Paypal!
sumber: pakar bisness
0 comments:
Post a Comment